Dikecam Lagi Kerana Mempertahankan Guru BI Bukan Opsyen


Walaupun saya cuba sedaya upaya untuk meningkatkan kebolehan bahasa Inggeris saya, memang akan adanya banyak sesilapan & kekurangan juga. Selepas saya berkongsi tentang usaha saya untuk melibatkan murid-murid saya dalam kem BI, saya masih lagi dikecam oleh beberapa netizen dalam group ibubapa ini. Mungkin adanya rasa dendam daripada usaha saya untuk mempertahankan guru BI bukan opsyen awal bulan tadi: https://www.jarodyong.com/2019/12/teacher-was-cyberbullied-because-of-their-english.html

Saya juga telah menyeru agar semua pihak BLOCK laman-laman web yang mengaut keuntungan daripada isu viral tersebut: https://www.jarodyong.com/2019/12/laman-tersebut-untung-daripada-cyberbullying.html

Tak tahu nak macam mana lagi. Nampak sangat mereka bukannya berniat baik ataupun mendidik. Jadi saya doakan agar mereka ini diberkati tuhan & diberikan tahun 2020 yang terbaik, lebih daripada bayangan mereka supaya mereka memuji kebaikan tuhan sehingga jannah. Amin.

Saya berharap agar guru-guru tidak rasa tertekan jika Bahasa Inggeris anda dikritik oleh ibubapa/netizen. Walaupun saya belajar sampai master ke universiti luar negara pun banyak kekurangan juga. Saya tahu segala usaha kita adalah untuk kebaikkan & kepentingan anak-anak didik kita. Semangat keguruan kita bukannya senang untuk dipadamkan. Jadi, semoga semua usaha kita semua diberkati tahun baru nanti. Amin.

Popular posts from this blog

What To Do When Your Unifi Service Suddenly Drops

Understanding The New SPM (2021) English 1119 Paper Format

The Millennial Trains Project: A Transcontinental Conference On Tracks

How To Fix Logitech Options Not Loading

Salam Aidilfitri