Kisah Benar Guru Bertugas Di PPV

Cikgu pernah ditugaskan sebagai sukarelawan di PPV dalam Christian Ecumenical Center, Kuching, waktu murid cikgu dijadualkan menerima vaksin. Kebetulan cikgu ditugaskan di depan bilik pemberian vaksin demi menyempurnakan proses panggilan. Ini cerita apa yang cikgu nampak waktu tersebut. 👀

1. Terkejut. Cikgu cukup terkejut sebab cikgu nampak setiap staff dalam bilik tersebut tunjuk syringe & terangkan kepada pelajar apa yang mereka akan terima. Cara mereka bercakap pun sangat mesra & professional. Memang tabik hormat la saya dengan staff waktu itu. 👏

2. Di PPV tersebut, vaksin sudah diisi dalam syringe oleh staff lain & dihantar sikit demi sedikit ke setiap bilik vaksin. Jadi tak mungkin akan ada syringe kosong. Kecuali syringe itu sudah cukuk orang lain. 🤮

3. Parents dibenarkan masuk bilik vaksin bersama dengan anak. Rakaman juga dibenarkan & kebanyakkan parents akan ambil video. Suasana meriah macam buat video tiup birthday cake pula. Sebab insiden cucuk kosong berlaku, disyorkan semua parents buat rakaman untuk menjaga kepentingan anak sendiri. 📸

4. Di Kuching, KKM aturkan masa tertentu untuk setiap sekolah (yang berlainan dgn temu janji dalam MySejahtera). Waktu itu, akan ada guru bertugas dari sekolah anda & mereka sedia membantu. Para cikgu sekolah saya siap call lagi setiap budak yang poteng & tunggu sampai yang last sekali sudah habis vaksin sebelum bertolak. Benda patut habis 1 jam kami buat sampai petang. Jadi disyorkan agar parents ikut sesi tersebut kalau ada/boleh. 👩‍🏫

5. Staff PPV sangat professional & berpengalaman. Memang laju kerja & process cukup lancar. Kalau datang awal, tak sampai 20 minit dah boleh balik. 👍

Jadi cikgu harap perkongsian ini membantu dalam mengurangkan kegelisahan ibubapa tentang process vaksinasi. Bukan semua staff KKM cuai seperti yang dalam video tular itu. Ada juga yang professional & beramanah dalam menjalankan tugas, seperti yang cikgu nampak. Sebagai parents, kita perlu berjaga-jaga supaya anak kita menerima vaksin yang sepatutnya. Yang paling penting sekali jangan antivax. Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Understanding The New SPM (2021) English 1119 Paper Format

What To Do When Your Unifi Service Suddenly Drops

How To Fix Logitech Options Not Loading

Explained: The Low SPM Passing Grade Table

Tip SPM Dari Pelajar-Pelajar Cemerlang Straight A+