Nak Pengumuman Juga: Keputusan Pertandingan Esei Hari Malaysia Shine Pharmacy

Amboi! Tingginya!


Cikgu nak buat pengumuman juga la.

Murid-murid, kalau anda rajin belajar BI, anda boleh mendapat banyak duit tau? Ya, betul tu. Cikgu tak tipu. Cikgu sendiri telah buktikan. Hah, tengok ni... Pada Hari Malaysia yang lalu, cikgu telah dianugerahi tempat pertama dalam Pertandingan Cerita Hari Malaysia anjuran Shine Pharmacy bertemakan "How I Shine For Sarawak."

Nasib baik bila cikgu "walk the talk," dapat juga menunjukkan cara menulis dalam BI dengan kreatif dan membina kredibiliti sedikit tentang kebolehan saya sebagai seorang guru BI.

Ini cerita yang ditulis cikgu: https://www.facebook.com/jarodyjk/photos/a.210680159061404/3039799499482775

Cerita ini tentang cabaran seorang guru demi membantu anak Sarawak menjadi lebih cemerlang dalam pelajaran dan mencipta kehidupan yang lebih baik bagi diri dan keluarga. Pembaca digalakkan agar mengelak daripada menilai seorang guru secara terburu-buru tanpa mengenalinya dahulu.

Cikgu ingin mendedikasikan kemenangan ini kepada semua warga guru di Sarawak. Anda telah banyak berkorban demi membina dan mendidik generasi baru Sarawak secara senyap-senyap tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran. Sememangnya, tuhan nampak sumbangan anda dan cikgu doakan curahan berkat dan kebaikan kepada anda semua. Terima kasih atas perjuangan anda!

Beserta dengan sijil pencapaian, cikgu bersyukur kerana juga menerima wang tunai sebanyak RM500! Wow! Alhamdulillah, itu rezeki & kurniahan daripada maha esa. Agak tepat waktunya juga, sebab keseluruhan jumlah tersebut telah digunakan untuk pembayaran zakat cikgu.

Akhirnya, cikgu juga bersyukur kerana seorang murid cikgu, Isaac, telah turut sertai pertandingan tersebut selepas membuat pembetulan dan penambahbaikan bersama dengan cikgu. Ini penyertaan pertandingan esei sulung baginya! Malangnya, Isaac tidak berpeluang memenangi apa-apa kali ini tetapi beliau tidak berputus asa dan makin bersemangat untuk menyertai lebih banyak lagi pertandingan esei pada masa hadapan. Syabas, Isaac!

Ini cerita yang ditulis Isaac (tolong berikan sedikit sokongan please!): https://www.facebook.com/isaac.lim.7165/posts/1461252547409796

Maka tamatlah pengumuman, cikgu. Sekian, terima kasih. Peace out!

Popular posts from this blog

What To Do When Your Unifi Service Suddenly Drops

Understanding The New SPM (2021) English 1119 Paper Format

The Millennial Trains Project: A Transcontinental Conference On Tracks

How To Fix Logitech Options Not Loading

Salam Aidilfitri