Nak Minta Puji, Kalau Tak Gaji Dipotong

Ini dia, muka minta puji!

Cikgu sengaja post gambar buat kerja nak minta puji. Kalau tidak sesetengah kalangan masyarakat nak gaji cikgu dipotong. Kata kami tak buat kerja & macam-macam fitnah. 🤷🏽‍♂️

Cikgu berikan sedikit gambaran tentang apa yang para guru seMalaysia buat untuk pembukaan semula sekolah. Bilangan kelas bertambah sebab bilangan murid setiap kelas dihadkan jadi kelas cikgu dipindahkan ke bengkel bahasa. 👌🏽

Awal pagi sudah cikgu sampai di sekolah.  Kerusi meja berlebihan disusun sampai ke langit di sudut belakang bengkel, lantai disapu, meja disusun dengan jarak 1 meter, & pintu keluar/masuk dilabelkan dengan jelas. 💪🏽

Notis tentang keselamatan diri waktu pandemik COVID19 juga dipaparkan. Kemudian, buku teks yang tertinggal dalam kelas diikat & disimpan dengan baik. 👍🏽

Harapan cikgu adalah murid-murid yang dikasihi cepat-cepat kembali ke sekolah selepas pembukaan diumumkan. Tak sabar cikgu nak menjenguk wajah ceria anda & bertanya kenapa tak layan cikgu waktu pembelajaran secara maya PKP. 😅

Popular posts from this blog

Understanding The New SPM (2021) English 1119 Paper Format

What To Do When Your Unifi Service Suddenly Drops

How To Fix Logitech Options Not Loading

A Review of Mosquito Coils In The Market

Tip SPM Dari Pelajar-Pelajar Cemerlang Straight A+