Kepentingan Tugas Seorang Guru

Susah-susah dapat duit. Susah-susah ambil duit. 🤷🏽‍♂️ #PascaPKP

Ini gambaran kesusahan rakyat jelita negara kita. Berbaris didepan BSN sampai melebihi hujung blok, dibawah matahari yang panas membara tidak mereda. Setiap hari ada barisan seperti ini. 🥵

Cikgu terpaksa ikut berbaris kerana urusan keluarkan simpanan bank. Awal-awal memang cikgu tak puas hati, tetapi sekarang cikgu bersyukur sebab gaji kerajaan cikgu masuk penuh setiap bulan. Pendapatan untuk rakan-rakan sebaris saya ini, malangnya tidak tertentu. 🙁

Nampaknya banyak yang berbaris di depan cikgu ini tidak mempunyai telefon pintar. Bila anggota yang bertugas minta mereka scan kod QR, katanya tak bawa fon. Tetapi semuanya berbaris dengan teratur & bekerjasama dengan piawaian pengurusan bank. Tidak ada yang merokok. Tak ada yang meludah. Tak ada yang berlagak-lagak. 👍🏽

Cikgu meninggalkan bank tadi dengan perasaan bersyukur. Walaupun tidak berada, anak isteri saya terjaga. Cikgu juga sedar bahawa tugas seorang pendidik amatlah mulia & teramatlah penting, supaya anak didik negara boleh menyara keluarga & membangunkan masyarakat mereka.

❤️🇲🇾

Popular posts from this blog

What To Do When Your Unifi Service Suddenly Drops

Understanding The New SPM (2021) English 1119 Paper Format

The Millennial Trains Project: A Transcontinental Conference On Tracks

How To Fix Logitech Options Not Loading

Salam Aidilfitri