Soalan: PdPk Mate/Sains Dalam Bahasa Inggeris Di Sarawak

Bukan setiap hari ada celebriti berkomen dalam page saya! 🤩
Tengok cara dia menyoal. Matang. Menggunakan intelek, tanpa unsur perkauman / politik. Inilah yang menjadikannya seorang netizen yang saya kagumi.


Dari Cikgu Mohd Fadli Salleh:

" Dengan penuh hormat Jarod Yong, izin saya bagi pendapat dan menimbulkan persoalan ya.

1. Kenapa SJKC di Sarawak menolak pengajaran Maths dan Sc dalam English?

2. Adakah kerana mereka menganggap dengan guna medium Bahasa Inggeris murid-murid SJKC susah faham Maths dan Sc? Itu persoalan terbesar dan perlu dihuraikan.

3. Adakah kajian menyeluruh telah dibuat tentang pelaksanaan mengajar English dalam Maths dan Sc di Sarawak? Atau hanya kehendak sesetengah orang politik sahaja?

4. Jika ada kajian, bentangkan hasil dapatan sepertimana yang dibuat. Nak juga lihat sejauh mana kajian dibuat, siapa responden, sekolah mana yang terlibat, carta perbatuan kajian, jumlah keseluruhan dan sebagainya.

5. Hal ini bukan benda kecil untuk diperjudikan. Sistem pendidikan negara kita bukan benda yang boleh diubah oleh tangan-tangan tidak pakar. Murid-murid bukan bahan eksperimen.

6. Berpuluh guru-guru di Sarawak yang mengajar Matematik respon dalam post saya tidak bersetuju dengan idea ini. Maka apa maksudnya itu?

7. Namun jika ini yang terbaik untuk rakyat Sarawak, teruskanlah. Jika tidak, kaji dan teliti dengan cermat dahulu.

8. Jika benar ianya bagus, pastikan SJKC pun terlibat. Jangan pula berlaku tidak adil sebegini.

9. Saya masih suka kelas DLP yang lebih adil. Mana2 sekolah nak laksanakan pengajaran dalam English untuk Maths dan Sc, suruh sahaja ambil kelas DLP untuk semua kelas di sekolah mereka. Yang tak mahu, kekal seperti biasa. Adil kan?

Dan akhir sekali, saya masih nak tahu kenapa SJKC tidak mahu terlibat sama? Apa pendapat Jarod tentang hal ini?

Sekian."
~~~~

Dari saya:

"**Saya menjawab komen tersebut mengikut pemahaman saya sebagai seorang rakyat biasa yang membaca berita & Sarawakian First. Saya bukannya mewakili KPM/JPN/PPD/Sekolah mana-mana. Saya mengaku bahawa pemahaman saya terhad & mungkin ada kesilapan. Ini pandangan peribadi saya.**
.
1. SJKC & SJKT ditubuhkan untuk mengajar subjek sekolah dalam bahasa masing-masing, jadi terpulang kepada lembaga mereka nak ikut ke tidak. SK dibawah KPM secara langsung tanpa lembaga, senang lagi nak uruskan.
.
2. Guna BM pun mereka tak faham juga. Murid saya banyak yang berbahasa Iban / Sarawak / Bidayuh / lain-lain. Jadi apa bezanya kalau dalam BM/BI. Kalau mula dari tahun 1, dengan aktiviti pelbagai, boleh la membentuk asasi dalam BI.

Satu lagi, saya belajar istilah Math & Science dalam BM di Form 4. Boleh juga saya dapat A1 dalam SPM. Saya belajar istilah dalam BI di universiti, boleh juga dapat ijazah. Saya belajar istilah Cina di SJK, gagal pula! 🤣🤣🤣🤦‍♂️ Cina sesat.
.
3. Memang penggunaan BI ditekan oleh kerajaan Sarawak dari dulu-dulu. BI merupakan salah satu bahasa rasmi negeri kita. Surat rasmi kerajaan pun dalam BI. Sampai sekarang tak ada pembangkang Sarawak yang menolak program ini. Peliknya yang menolak wakil rakyat Semenanjung. 🤭
.
4. Saya tidak dapat komen tentang kajian sebab saya hanya guru di SMK sahaja. Mungkin pegawai KPM/JPN/MESTR boleh menjawab dengan lebih baik.

Sebenarnya, saya suka bila orang buat terus daripada tunggu kajian dulu. Selalunya bila KPM kata tunggu kajian, mereka tak buat lah tu, seperti kajian beban guru, & UEC.
.
5. IPG, UNIMAS, Swinburne, Curtin, & lain-lain sudah menampil untuk membantu. Setakat ini tidak ada upahan konsaltan orang putih (yang kegemaran KPM). Pakar-pakar tempatan yang diambil untuk menjayakan program tersebut.

Walaupun saya hanyalah pakar berpesbuk, saya pun sudi membantu setakat mana boleh. ALL IN #SarawakTok. Kami TIDAK BOLEH gagal.
.
6. Saya bercadang agar mereka bergabung & bersuara melalui Sarawak Teachers Union. Sepertimana, guru-guru bersuara melalui NTUP dalam isu MUET. Pandangan pelaksana amatlah penting & harus dipertimbangkan.
.
7. Alhamdulillah. Doakan kami.
.
8. Saya percaya kalau program ini berjaya, ibubapa akan memilih untuk menghantar anak mereka ke SK & bukannya ke SJK sepertimana yang berlaku sekarang. Kan banyak orang semenanjung nak bubarkan SJK? Bagus lagi cara ini, jadikan SK pilihan pertama melalui program ini. Saya sendiri pun nak hantar anak ke SK sebab nih!
.
9. Masih lagi belum terdapat sebarang pengumuman tentang perisian program tersebut. Mungkin iyanya akan merupakan DLP. Mungkin ETeMS. Tengoklah nanti. Saya akan komen lebih lanjut bila ada pengumuman tersebut.
.
P/S: i) Saya tidak mempunyai pengetahuan tentang hal-hal SJKC. Saya bukan guru disana & saya bukan ahli lembaga mereka. Jadi saya tak dapat menjawab untuk mereka. Benda ini baik tanya KPM.
.
ii) Kalau tak setuju benda ini dilaksanakan di Semenanjung Malaysia, itu terpulang kepada rakyat di sana. Di Sarawak, kita tidak rasa identiti / bahasa kita akan terancam dengan penggunaan BI.

Malahan, bila anak-anak kita berjaya nanti, mereka akan mempunyai kebolehan & kemampunan untuk menekankan bahasa ibunda mereka & membebaskan diri daripada jajahan. #S4S"

Popular posts from this blog

What To Do When Your Unifi Service Suddenly Drops

Understanding The New SPM (2021) English 1119 Paper Format

The Millennial Trains Project: A Transcontinental Conference On Tracks

How To Fix Logitech Options Not Loading

Rukun Negara dalam Inggeris, Melayu, Cina, & Tamil