My Transfer Appeal Letter

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk. Tujuan surat ini bukanlah untuk bercerita tentang keinginan saya untuk menjaga orang-orang tua saya ataupun mengikut jejak isteri dan anak saya. Saya tidak akan berkongsi tentang kesukaran yang saya hadapi di sekolah pedalaman dan betapa lama saya telah berkhidmat di sana. Semua itu adalah sebahagian daripada cabaran saya sebagai seorang pendidik.

2.  Bagi pengetahuan tuan/puan, saya merupakan seorang guru opsyen Bahasa Inggeris yang boleh ditempatkan dimana-mana sekolah. Maka, saya mengharapkan bantuan daripada pihak tuan/puan, seorang pemimpin dalam JPN yang nampak gambaran besar untuk mengurniakan  saya  cabaran yang baharu.

3.  Saya hanya meminta untuk diberikan satu matlamat di mana-mana sekolah negeri ini, dan sokongan penuh dari pihak tuan/puan untuk melaksanakan misi ini. Saya hanya berharap untuk berkhidmat dibawah seorang pemimpin yang berwibawa. Saya ingin berjasa untuk ibu pertiwiku dan saya percaya bahawa saya boleh mencapai keajaiban di mana-mana sahaja. Bak kata pepatah “benih yang baik kalau di campak ke darat menjadi gunung dan jika dicampak ke laut menjadi pulau”.

4.  Pada mulanya, saya telah memohon ke Sibu, daerah yang terunggul di Sarawak, kerana saya ingin belajar dari guru-guru yang terbaik, meningkatan diri dari segi profesional dan menguasai kelemahan saya seperti dalam bahagian kertas kerja. Walau bagaimanapun, permohonan saya telah ditolak dan kini saya mengharapkan sesuatu yang lebih baik daripada kebijaksanaan tuan/puan.

Segala perhatian, pertimbangan dan tindakan tuan/puan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih.

Updated: 17 November 2012. I've decided to only include the Malay version of my letter because it has been heavily modified based on valuable comments from my readers & major help from a past student of mine. Thanks so much! The letter is definitely so much better now!

Popular posts from this blog

Understanding The New SPM (2021) English 1119 Paper Format

What To Do When Your Unifi Service Suddenly Drops

The Millennial Trains Project: A Transcontinental Conference On Tracks

My CPT Results

Rukun Negara dalam Inggeris, Melayu, Cina, & Tamil